Pilu Seorang Anak..

Assalamualaikum wbt..

Terkedu ustazah membaca berita yang tersiar dalam akhbar berkenaan dengan anak gadis ni..

Oleh sebab itu, ustazah nak kongsikan cerita ini dengan kawan-kawan ustazah kat luar sana..

SITI AMYNUR (tengah) mengaminkan doa dibacakan oleh guru agama sekolah itu, Zakri Abdul Azizi (kiri) ketika melawat kubur ibunya di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Seremban, semalam.

SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur ada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu keluarga menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur dan ahli keluarga apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hayatnya bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur yang kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lalu, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur meninggal dunia, berkata: “Siti adalah ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

“Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said,” katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir saja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan Siti Amynur, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: “Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang”.

Noreha kini berusaha untuk membantu Siti Amynur mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

“Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Ketika Siti patah kaki April lalu, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah,” katanya.

Katanya, Siti Amynur mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. – Bernama..

Ya Allah, berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada sahabat Ustazah ini Ya Allah, moga-moga beliau mampu menerima hakikat untuk  berdepan dengan semua ujian ini..

Berikanlah juga kekuatan kepada Ustazah, beliau dan juga sahabat-sahabat ustazah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa mampu untuk mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa kami.

Jauh di sudut hati Ustazah, syukur berpanjangan dipanjatkan kerana masih lagi dapat bersama dengan Ummi dan Abati, menerima didikan Ummi dan Abati, demi untuk memastikan agar di sana akan ada zuriatnya yang sentiasa berpanjangan mendoakan kesejahteraannya ketika bertemu Allah S.W.T nanti..

Dedikasi buat Ummi dan Abati, Sempena dengan kedatangan Hari Raya Eidul Adha 1430H ..

Uhibbuki Fillah Ya Ummi!!

Wa Uhibbuka Fillah Ya Abati!!

 

‘Alia Nur Syuhada’ Bt. Muhammad

Taman Samudra,

Malaysia.

2 Responses so far »

  1. 1

    cik adeq said,

    puisi niey khas untuk ummi alia n puterinye, ‘alia nur syuhada bt muhammad…..

    Penyejuk Mata
    kupandang wajah mungilmu
    polos tanpa dosa
    kudengar tawa ceriamu
    hilang kelelahan jiwa
    tangis manjamu
    kami jadi sandaran
    tingkah lucu alamimu
    menambah keceriaan
    sejuk mataku
    tenang hatiku
    ya Rabb,
    jadikanlah dia penerusku
    beriman, bertakwa pada-Mu
    cerdas bermanfaat bagi bangsaku¡­

    cik adeq…the hashiemate kingdom of jordan.

    • 2

      ustzh 'alia said,

      amin3 ya Rabb al-Alamin
      sykran kathir cik adeq. doakn ustzh pn dpt smbg stdy kt jrdn ye.. huhu ustzh nk smbg impian ummi yg blum ksmpaian.. hee


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment