‘Izz Abdussalam B. Muhammad – Permata Hati Kami

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dengan kurnia Allah S.W.T., tepat jam 5.08 pg, 20.09.2010, secara rasminya ustazah telah dikurniakan darjah kebesaran dengan gelaran “Kak Long” oleh Ummi dan Abati, bersempena dengan kelahiran putera bongsu Ummi dan abati (bongsu sehingga entry ini ditulis);) ..

Ummi bersama adik 'Izz, hari kedua kelahiran 'Izz di hospital.

Alhamdulillah ya Allah..

Dengan kelahiran adik ustazah ni, tanggungjawab ustazah semakin bertambah..

Sewaktu Ummi masih mengandungkan adik ustazah ni lagi, banyak pesanan-pesanan yang Ummi dan Abati sampaikan kepada ustazah, yang masih ustazah ingat  dan akan dijadikan panduan dalam mendidik adik ustazah ni..

Ustazah, sewaktu majlis kenduri kesyukuran dan Aqiqah 'Izz Abdussalam

Kata Ummi, adik ‘Izz ni adalah anugerah dan amanah Allah kepada kami sekeluarga, menjadi tanggungjawab ustazah sekeluarga untuk mendidik adik ustazah ni mengikut acuan Allah, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Ummi lagi, rahim Ummi yang mengandungkan Ustazah dan adik ‘Izz  akan sentiasa sejuk dan tenang sekiranya anak-anak Ummi menjadi anak yang soleh dan solehah, baik hubungannya dengan Allah dan Rasul, Ummi,abati dan juga ahli kelurga, termasuklah masyarakat.

Ummi dan baby 'Izz, bersiap-siap untuk pulang daripada hospital..Alhamdulillah, Ummi sihat..

Oleh sebab itu, kata Ummi, perkara utama yang ustazah dan adik ‘Izz mesti usahakan adalah untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah, sebagaimana Ummi..sebabnya, kata Ummi, asas yang terbaik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ialah dengan sentiasa berdamping dengan wahyu Allah iaitu Al-Quran. InsyaAllah, nanti bila ustazah dah pandai sikit mengaji, ustazah akan mula menghafaz dan mengajar adik ‘Izz membaca Al-Quran.

Ustazah, sedang mengasah bakat dalam bidang penulisan

Kata Ummi lagi, Abati bercita-cita nak tengok semua anak-anak Abatinya berjaya, dengan mempunyai ilmu agama yang cukup, kefahaman agama yang mendalam di samping mampu untuk bekecimpung dalam masyarakat dengan mengajar dan mengajak masyarakat kepada Agama Allah s.w.t.

Ustazah, sedang mengasah pensil untuk menulis.;)

Bersukaria bersama Ummi dan baby 'Izz selepas ditahniq dan dinamakan pada hari ke-7 kelahiran 'Izz

Berkenaan dengan nama ‘Izz abdussalam, kata Ummi, di samping maksudnya yang baik dan elok, Abati menamakan baby ‘Izz sempena dengan nama Ulama kelahiran Syria yang terkenal, yang telah dilantik sebagai Qadi-Al-Qudah (ketua Hakim) di Mesir sekitar tahun 639H.(cerita lanjut berkenaan dengan Ulama Izz Ibn Abdussalam boleh dilayari melalui http://www.abuanasmadani.com/?p=82 . Mudah-mudah dengan pemberian nama yang baik ini akan menjadikan ianya satu doa yang sentiasa diucapkan untuk melihat munculnya Ulama besar dalam keluarga kami, InsyaAllah.

Sekian dulu catatan dari ustazah buat ketika ini.

Alhamdulillah ‘ala Kulli hal ya Allah”.

‘Alia Nur Syuhada’ Bt. Muhammad & ‘Izz Abdussalam B. Muhammad

4 October 2010.

Comments (1) »

VERSI BARU DALAM HIDUP UMMI..BUSINESSWOMEN MUSLIMAHSHIRT..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Alia tumpang gembira melihat Ummi, Sue dan Maksue mula mengorak langkah kehadapan, menonjolkan bakat masing2 dalam bidang perniagaan..Nak tau ape bisnes Ummi?

jeng3..

Muslimah Shirt Enterprise..

Antara koleksi menarik T-Shirt Muslimah untuk paparan..

Alia pun tak faham kenapa Ummi and the geng minat sangat dengan bisnes ni..tapi bila Alia selidik, rupa2nya Ummi ada maksud tersirat di sebalik bisnes ni..

Kata Ummi, Ummi minat sgt dengan tajuk buku tulisan Dato’ ismail kamus, Indahnya hidup bersyariat..target Ummi, sekurang2nya Ummi boleh menyumbang sedikit sebanyak kpd budaya masyarakat yang mementingkan syariat islam dalam kehidupan..bisnes bisnes jugak, tapi dakwah pun kena ada…

Alhamdulillah, setakat ni sambutan kepada bisnes Ummi amat menggalakkan, hari ni pun Ummi dah order stok utk kali ke-2, banyak sdkt daripada stok yang mula2 dulu..

Ummi bagitau yg stok kedua ni nak serang pasaran kat kg, sebab Ummi dah nak bercuti kat kg minggu dpn..Target Ummi, bila abati pulang dari beijing dua minggu lagi, Ummi dah standby utk order stok buat kali ke-3, insyaAllah..

Demi untuk membantu Ummi promosikan bisnes Ummi, Alia dengan bermurah hati akan menyediakan ruang untuk Ummi mempromosikan produk2 Ummi dalam blog Alia ni..Percuma..tanpa bayaran…tapi Ummi cuma perlu pastikan susu Alia sentiasa tersedia bila Alia memerlukannya nanti..ok x Ummi?

Okla, kepada pelawat2 bolg Alia, silalah window shopping produk Ummi ni, cantik2 belaka, harganya pun murah dan berpatutan…x caya, tanya Ummi…

bagi yang berminat ,jgn lupa contact Ummi ek..

Terima Kasih,

Alia Nur Syuhada’

Gombak, Malaysia.

Comments (1) »

SELAMAT HARI LAHIR UMMI-HAPPY BIRTHDAY UMMI-SANAH HELWAH YA UMMI-24

Assalamualaikum wbt..

Post kali ini sangat istimewa bagi Alia, khusus untuk Ummi tercinta,sebagai kenang2an Alia bila Alia besar nanti…Ucapan ni terlalu awal, tapi apakan daya, ini je masa yg Alia ada..Alia cdg nak tunjukkan post ni 11 mei nanti, tapi ntahla..mesti Ummi dapat tau awal pasal post ni..tapi takpela, tujuannya cuma nak buat surprise utk Ummi nanti..Nak bg gift mahal2, mana la Alia ada duit, tak keja lagi.. Blog ni je la yg ada, tu pun free!!

Zaman kanak-kanak Ummi..

Post kali ni Alia dedikasikan untuk Ummi tercinta, yang genap umurnya 24 tahun pada 11 Mei 2010..tak lama lagi tu..Sebab tu Alia curi sedikit waktu main  Alia untuk siapkan post ni..Setiap waktu amat berharga untuk Alia..kerna apa? untuk mainla, apa lagi..

Banyak lagi ruang-ruang dalam rumah Alia yang masih belum Alia explore dan sepah2kan..huhu, kesian Abati kena kemas tiap2 hari..Abati??

Okla, Alia cuma nak highlightkan dalam post kali ini berkenaan dengan cerita2 tentang Ummi yang Alia dapat maklumatnya daripada orang dulu2…

Kata Ummi, selepas Ummi tamat belajar Ibtida’i dan thanawi kat bandar kelahiran Ummi, Ummi sambung pulak belajar peringkat Diploma kat Darul Quran, Kuala Kubu Baru.. pedia tah Ibtida’i, thanawi dan diploma tu, alia pun tak tau..yang Alia tau, TASKA ISLAM Cemerlang, Taman Samudra!!..itu aje yg Alia tahu, sebab Alia kan tengah belajar kat taska Islam tu sekarang ni..

Ummu Alia bersama2 rakan sepengajian..mengikut maklumat yang Alia dapat, masa ni Ummi tengah bersiap sedia sebelum majlis khatam AL-Quran kat KKB..

Kata Ummi, dia serronokk sangat dapat belajar kat sini, dapat bermusohabah dan bermu’ayasyah dengan Al-Quran sepanjang masa, bertemu dengan kawan2 yg baik, rakan2 setasmi’ yg baik di samping Ustazah Tasmi’ yang begitu memahami dan baik sekali!!..

Bersama Ustazah Shahidah dan rakan2 tasmi' Ummi..Alia dah kenal dah Ustazah Shahidah ni, baik orangnyer..

Tambah Ummi lagi, ada lagi yang tak kurang penting jugak berlaku masa Ummi belajar kat DQ ni..ntah sapa la yang cuba nak risik Ummi masa Ummi tengah sibuk duk menghafal lagi, tapi ntah kenapa Ummi boleh plak terima dalam time sibuk2 tu..

Kata Ummi, yang baju biru tu lah yang duk masuk merisik Ummi time Ummi sibuk duk menghafal..time ni Ummi jemput dia datang sekali masa majlis khatam bersama family Ummi.

Alhamdulillah, bila Ummi dah khatam dan semua dah sedia, Allah S.W.T. mudahkan jodoh Ummi dgn jejaka baju biru tadi tu..Tanggal 6 Mac 2008, Abati selamat melafazkan Aqad nikah yang disempurnakan oleh Ayah Long Ummi sendiri..tenang je Abati sempurnakan majlis tu..takla susah sangat, kata Abati dengan nada yang sedikit gugup dan tersengih2 malu…

Sekali lafaz je..kata Abati

Rombongan Ummi ke rumah Abati..nampak macam takut2 je Ummi..

Baarakallahulaka, wa baaraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair..

Alhamdulillah, selepas daripada majlis perkahwinan tersebut,lebih kurang dalam tempoh 10 bulan, Allah kurniakan rezeki kepada Ummi dan Abati.. yang pertama, Allah permudahkan Ummi dan Abati untuk miliki rumah sendiri selepas 6 bulan menyewa kat sungai chinchin, rumah Ust. Mohd Nor dan kak Tie..

Ummi, di hadapan rumah yang bakal dibeli..

Kata Abati, walau pun rumah ni tak besar sgt, tapi lokasinya amat sesuai untuk Abati terus bersama dengan kawan2 Abati bersama menyumbang kepada masyarakat di kawasan sekitar Gombak ni..

Abati bersama rakan2 beliau dalam satu program baru2 ni..Muktamar Pemuda DPPNS

lagi pun, rumah ni dekat sangat dengan surau..kata Ummi, memang dari Awal lagi Abati dah niat untuk bantu hidupkan surau tu dan Ummi pun Abati ajak sama terlibat jadi AJK surau tu..

Senarai AJK Surau berdekatan dengan Taman kawasan rumah Alia..Ummi pun semangat nak bermasyarakat nampaknya..Alia pun cdg nak jadi wakil kanak2 surau tu.!! Abati, tlg bgtau pengerusi!!tq

Dan rezeki yang kedua pula ialah..apa lagi, Alia Nur Syuhada’ laa.. Mengikut kata Ummi, banyak jugak ujian yang terpaksa ditempuh masa mengandungkan Alia dulu..antaranya..

Perkara biasa bagi Ummi...

Dan Alhamdulillah, akhirnya…

Alia ketika baru beberapa jam dilahirkan..

Lagi..

ngantuknya...!!

dan lagi…

bersama dengan best friend Alia..dulu tinggal kat gombak, skrg dah pindah kat Shah Alam..lama tak jumpa awak,rindu awak..hihi

beberapa bulan dahulu..

tengah memerhatikan kawasan dalam rumah untuk d explore bila dah boleh jalan nanti..sabar2..tingkat atas pun akan ku jejaki!!!

Raya haji tahun lepas..

Bersama keluarga belah Ummi..

Sekarang..

Berempat bersama Ummi dan Abati di taman..eh,empat? Yela..dalam perut Ummi tu adik Alia tgh duk main sorang2, insyaAllah, tak lama lagi boleh panggil Alia kak Long..kalau tak, tak layan..hihi..

Sekadar itu sahaja yang Alia mampu untuk luangkan masa untuk mencoret sesuatu untuk Ummi tercinta mewakili Abati yang tengah sibuk sekarang ni..dengar cerita nak pergi beijing bulan 6 ni, Alia dan Ummi tak ikut, tapi tunggu barang2 kiriman dari beijing je..

Alia teringat pesan Nabi S.A.W. bila ditanya tentang siapa yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang terlebih dahulu diantara kedua ibu bapa..maka pesan Nabi S.A.W. “”Ibu kamu’ ibu kamu’ ibu kamu, dan kemudian barulah bapa kamu’..

Alia berdoa supaya Allah s.w.t sentiasa membimbing Alia untuk sentiasa berbakti kepada Ummi dan Abati sebaik mungkin..tidak bersikap derhaka kepada Ummi dan Abati, dan cuba sebaik mungkin menjadi anak yang solehah..Kalau ada rezeki, nak jugak sambung belajar kat tempat Ummi dulu kat Darul Al-Quran..rasa macam seronok jer..

Sedikit selingan, gambar2 yang ingin kak long..opss..Alia kongsikan dengan semua..

Ummu Alia bersama Tok Ma Alia..Manjanya, mengalahkan Alia..

Kek Besday Ummi tahun lepas..

Ummi dgn kawan2nya..

Hadiah besday Abati drpd Ummi baru2 ni...Abati mana la reti nak buat mcm Ummi nih!!kata Abati bila Ummi tanya nak bagi ape kat dia bila besday Ummi nanti..

Ummi dan Abati sewaktu konvokesyen Darussalam baru2 ni..Alia duk rumah je, tak ajak Pong!!

‘Alia Nur Syuhada,

2 Mei 2010, 7mlm,

Gombak ,Selangor.

Comments (1) »

Update Terkini Ustazah/April 2010

Assalamualaikum wbt.

lama betul ustazah tak update blog kesayangan ustazah ni..tak sempat, sibuk menguruskan kehidupan bersama Ummi dan Abati..

Byk peristiwa2 yg berlaku dalam dalam diari kehidupan ustazah, tapi tak sempat dalam ruang waktu yang ada ini untuk ustazah kongsikan dengan sahabat2..namun, sekadar untuk kenang-kenangan, Ustazah nak share beberapa keping gambar dengan kawan2 semua…

‘Alia Nur Syuhada’

26 April 2010/Taman Samudra/1.00 a.m.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment »

Check out my Slide Show!

Leave a comment »

Muharram 1431-Muhasabah Diri ke Arah kebaikan

Assalamualaikum wbt..

Selamat menyambut Tahun baru Islam, Awal Muharram kepada pakcik dan makcik ustazah yang sudi menjenguk blog ustazah ni.

Tup!Tup! Sedar tak sedar, umur ustazah dah pun menjangkau lebih satu tahun, Alhamdulillah, untuk makluman pakcik dan makcik ustazah semua, ustazah dilahirkan pada 24 Zulhijjah 1429 dan ditahniqkan pada 1 Muharram 1430. Jadi bertepatan pada hari ini, genap setahun ustazah ditahniqkan dan dicukur kepalaku huhu

ustazah ketika 1 Muharram 1430, kepalaku dicukur tok abah..huhu..botak licin..

ustazah, 1 Muharram1431..Amacam. ada beza tak? dulu botak, sekarang bertudung litup...

Alhamdulillah, syukur setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana diberikan kesihatan dan kekuatan sehingga ke hari ini.

Dan Alhamdulillah jugak, hari ini ustazah dah pun mampu untuk berdiri dengan sendiri, Cuma tak mampu berjalan lagi jer.

Banyak betul perkara yang ustazah dah lalui semenjak 1 Muharram 1430 hingga 1 Muharram 1431 ni..Alhamdulillah, banyak yang ummi dan abati dah ajar dan didik ustazah sehingga ke hari ini.

Antara perkara yang diajar ummi ialah berkenaan dengan hijrah. Kata ummi, ramai yang lebih mengutamakan sambutan tahun baru masihi berbanding dengan tahun baru hijrah ni..sedangkan para sahabat Nabi S.A.W. dulu terutama saidina Umar R.A. bertungkus lumus memikirkan kaedah penentuan kalendar Islam sebagaimana yang ada sehingga hari ini.

Kata ummi lagi, sepatutnya kita sebagai Muslim perlu menghayati semangat peristiwa hijrah ini dan mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik dalam segala aspek, terutama dalam hubungan kita dengan Allah dan juga dalam kehidupan seharian. Barulah semangat hijrah tersebut dapat dirasai dan dibentuk dalam diri kita.

Bagi ustazah, sambutan Maal hijrah setiap tahun adalah amat bermakna sebagai titik permulaan setiap tahun untuk ustazah memuhasabah diri dan memperbaiki diri ustazah kearah yang lebih baik.

Kawan-kawan,Amacam..Ada beran?

“Seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bercuti untuk meraikan ustazah je setiap kali tiba 1 Muharram kan..huhu

‘Alia Nur Syuhada bt. Muhammad

Taman Samudra, Gombak.

1 Muharram 1431

Comments (5) »

‘Idul Adha-Pengorbanan yang dituntut..

Assalamualaikum wbt.

Tertarik ustazah mendengar Ummi menceritakan brkenaan dengan kisah datuk kita, nabi Ibrahim alaihissalam. Kata Ummi, datuk kita itu pernah diuji dengan pelbagai ujian dari Allah. Pernah diuji dengan berhadapan dengan Raja namrud yang zalim, diuji untuk berdepan dengan ayahnya sendiri,iaitu pengukir dan penjual patung berhala. Juga diuji dengan dicampakkan ke dalam lubang  api yang sangat besar. Namun, ujian yang paling besar diuji oleh Allah S.W.T. ke atasnya ialah apabila Allah mengarahkannya untuk menyembelih anak yang amat dicintainya sendiri, nabi Ismail Alaihissalam.

Itu antara kisah yang Ummi cerita untuk kaitkan dengan Idul Adha yang pertama kali Ustazah raikan dalam diri ustazah.. Satu perkara lagi yang Ummi ceritakan juga berkenaan dengan Ibadah haji yang merupakan rukun islam ke-5.. kata Ummi, setiap perlakuan dalam ibadah haji ada simboliknya yang perlu dihayati dan ditekuni bagi memahami hikmah pensyariatan setiap perbuatan dalam ibadah haji..

Bakal Tetamu Allah..Kata Ummi, abati punya cita2 nak bawak Ummi dan ustazah sama ada tunaikan Ibadah haji atau umrah sebelum umur 30..doakan la ye..

Akhir sekali, ustazah cuma nak coretkan beberapa perkara yang berlaku seminggu dua sebelum dan selepas hari raya Idul Adha, sekadar untuk catatan rekod ustazah bila dah besar nanti dan juga tontonan makcik-makcik dan pakcik-pakcik ustazah..

Usrah Pemuda Gombak Setia kat Umah Ustazah seminggu sebelum raya Idul Adha..blh tahan masakan ummi..

Majlis perkahwinan Pakchu Khalid dan Makchu maria.. Selamat pengantin baru to you both auntie and uncle..

Kenangan idul Fitri baru-baru ni dengan Ummi dan abati..

Kenangan terbaru, Idul Adha 1430..masih nampak lagi kesan sakit mata ustazah dan juga abati yang turut sama dijangkiti..

Sekian saja beberapa coretan sempena Idul Adha 1430.. sekadar secebis kenangan..

Ustazah ‘Alia Nur Syuhada’ Bt. Muhammad

Taman Samudra, Gombak

Comments (3) »