‘Izz Abdussalam B. Muhammad – Permata Hati Kami

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dengan kurnia Allah S.W.T., tepat jam 5.08 pg, 20.09.2010, secara rasminya ustazah telah dikurniakan darjah kebesaran dengan gelaran “Kak Long” oleh Ummi dan Abati, bersempena dengan kelahiran putera bongsu Ummi dan abati (bongsu sehingga entry ini ditulis);) ..

Ummi bersama adik 'Izz, hari kedua kelahiran 'Izz di hospital.

Alhamdulillah ya Allah..

Dengan kelahiran adik ustazah ni, tanggungjawab ustazah semakin bertambah..

Sewaktu Ummi masih mengandungkan adik ustazah ni lagi, banyak pesanan-pesanan yang Ummi dan Abati sampaikan kepada ustazah, yang masih ustazah ingat  dan akan dijadikan panduan dalam mendidik adik ustazah ni..

Ustazah, sewaktu majlis kenduri kesyukuran dan Aqiqah 'Izz Abdussalam

Kata Ummi, adik ‘Izz ni adalah anugerah dan amanah Allah kepada kami sekeluarga, menjadi tanggungjawab ustazah sekeluarga untuk mendidik adik ustazah ni mengikut acuan Allah, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Ummi lagi, rahim Ummi yang mengandungkan Ustazah dan adik ‘Izz  akan sentiasa sejuk dan tenang sekiranya anak-anak Ummi menjadi anak yang soleh dan solehah, baik hubungannya dengan Allah dan Rasul, Ummi,abati dan juga ahli kelurga, termasuklah masyarakat.

Ummi dan baby 'Izz, bersiap-siap untuk pulang daripada hospital..Alhamdulillah, Ummi sihat..

Oleh sebab itu, kata Ummi, perkara utama yang ustazah dan adik ‘Izz mesti usahakan adalah untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah, sebagaimana Ummi..sebabnya, kata Ummi, asas yang terbaik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ialah dengan sentiasa berdamping dengan wahyu Allah iaitu Al-Quran. InsyaAllah, nanti bila ustazah dah pandai sikit mengaji, ustazah akan mula menghafaz dan mengajar adik ‘Izz membaca Al-Quran.

Ustazah, sedang mengasah bakat dalam bidang penulisan

Kata Ummi lagi, Abati bercita-cita nak tengok semua anak-anak Abatinya berjaya, dengan mempunyai ilmu agama yang cukup, kefahaman agama yang mendalam di samping mampu untuk bekecimpung dalam masyarakat dengan mengajar dan mengajak masyarakat kepada Agama Allah s.w.t.

Ustazah, sedang mengasah pensil untuk menulis.;)

Bersukaria bersama Ummi dan baby 'Izz selepas ditahniq dan dinamakan pada hari ke-7 kelahiran 'Izz

Berkenaan dengan nama ‘Izz abdussalam, kata Ummi, di samping maksudnya yang baik dan elok, Abati menamakan baby ‘Izz sempena dengan nama Ulama kelahiran Syria yang terkenal, yang telah dilantik sebagai Qadi-Al-Qudah (ketua Hakim) di Mesir sekitar tahun 639H.(cerita lanjut berkenaan dengan Ulama Izz Ibn Abdussalam boleh dilayari melalui http://www.abuanasmadani.com/?p=82 . Mudah-mudah dengan pemberian nama yang baik ini akan menjadikan ianya satu doa yang sentiasa diucapkan untuk melihat munculnya Ulama besar dalam keluarga kami, InsyaAllah.

Sekian dulu catatan dari ustazah buat ketika ini.

Alhamdulillah ‘ala Kulli hal ya Allah”.

‘Alia Nur Syuhada’ Bt. Muhammad & ‘Izz Abdussalam B. Muhammad

4 October 2010.

1 Response so far »

  1. 1

    Mariena said,

    Salam k.ila, sekalung tahniah ya atas kelahiran little mujahid. Rindu ingin berada di tampuk kepimpinan sama2(=


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment