Jom Join Usrah!!

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi, Sebaik sahaja Abati pulang daripada solat Isya’, Ustazah terdengar perbualan di antara Abati dan Ummi..Mengikut apa yang ustazah dengar, Abati bagitau Ummi bahawa malam ni Abati dah nak mula jinak-jinakkan Ustazah dengan usrah..Kata Abati, kalau tak dapat join usrah Nisa’@muslimat, usrah pemuda pun jadilah..lagipun, Ustazah masih lagi bawah umur, boleh pilih ikut mana suka..huhu.

So, Ummi pun memainkan peranannya menyiapkan peralatan-peralatan khas ustazah untuk ke usrah seperti tudung,alat-alat permainan, bantal, dan tidak dilupakan yaang paling penting, SUSU!!..

Sebaik sahaja semuanya selesai,Ustazah pun bergerak la ke usrah dengan Abati, meninggalkan Ummi seorang diri kat umah..Ummi pun tengah sakit kepala, sakit otak dan badan, duk struggle mentelaah pelajaran, menghafal teori-teori kaunseling Imam Ghazali, teori mat salleh  dan sebagainya, maklumla skrg ni Ummi tengah bergelut dengan final exam untuk semester ni..Semester lepas Ummi dah amik study leave, yela, ustazah kan lahir semester lepas..huhu..

Buat Ummi daripada Ustazah ” Bittaufiq Wannajah Ya Ummi’!!

'ianursyuhada'0857

Ustazah bersama Abati kat usrah pemuda gombak setia..ada la skt malu-malu ngan pemuda-pemuda ni..

kebetulan pada malam tu, ketua pemuda Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi turun melawat usrah-usrah dan memberikan sedikit pengisian untuk ahli usrah pemuda gombak, termasukla Ustazah..huhu..

'ianursyuhada'0856

Ustazah, sedang menangkap butir-butir perkataan yang sedang diucapkan oleh ketua Pemuda Gombak..tah paham tah idak ustazah ucapan tersebut..huhu

Cuma satu perkara je yang ustazah dapat tangkap daripada pengisian ustaz.

Ustaz Ketua Pemuda menyebut firman Allah dalam surah Al-Hujurat, Ayat 6,maksudnya:”  Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang fasik membawa satu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang akan menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Sangat dalam maksud firman Allah tadi, ustazah pun tak pandai nak huraikan macam ustaz Syarhan huraikan,maklumla baru nak belajar-belajar jadi ustazah..

Cuma apa yang ustazah dapat agak, ini mungkin disebabkan oleh isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ketika ini, yang mana menurut ustaz, kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut perlulah dirujuk kembali kepada petunjuk daripada Al-Quran dan juga Sunnah Rasullullah S.A.W.

Sekadar tu je yang ustazah nak kongsi pengalaman kali ni, terima kasih Ummi dan Abati, bagi Ustazah peluang nak merasai Usrah, seronok jugak, lebih-lebih lagi usrah pemuda..huhu.

Semoga kawan-kawan ustazah pun dapat merasai pengalaman join usrah macam ustazah nanti ye..

'ianursyuhada'0805

Ustazah sewaktu di taman permainan kat Giant..Eh, apa kaitan Giant dengan Usrah??

 

Sekian,

‘Alia Nur Syuhada’ Binti Muhammad

Taman Samudra, Gombak,

Malaysia.